Sebelum ini anda mengisi RM50 untuk
mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 500 kilometer. Kini dengan
jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang
mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
Penggunaan petrol yang bertambah
disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang
pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan
skru pada karburetor kurang tepat.
1)
Selain itu, ia mungkin berpunca
daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar,
mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada
cekam atau brek bergesel.
2)
Bagi mengetahui puncanya,
pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.
3)
Jika ada bekas titisan minyak
atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami
kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.
4)
Bagaimanapun, jika kebocoran
berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan
spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan
ketatkan sambungan itu kembali.
5)
Sebenarnya ada beberapa tip dan
cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus
menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda
memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan
bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
6)
Jika anda mendapati penggunaan
petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli
sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran.
Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika
keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan
petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol
ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
7)
Selain itu, perkara penting yang
perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak
mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau
tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal
minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh
menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda
melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga
15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan
petrol melebihi 20 peratus atau lebih.
8)
Di samping itu, anda juga perlu
mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga
menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.
9)
Oleh itu, anda perlu perhatikan
dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada
dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
10) Anda
harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang
dapat membantu ketika kecemasan.
11) Karier
(alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol
pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan
sempurna ketika kereta memecut.
12) Enjin
dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan
prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan
jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan
mana untuk ke destinasi.
0 comments:
Post a Comment